Masa

Sabah Tanahairku

Sabah Tanahairku

Logo PERMASA

Logo PERMASA

Bilang Saja


ShoutMix chat widget

Ikut

2.9.09

PostHeaderIcon Syarat dan Peraturan ke PWTC


1. Kepada senarai nama yang terpapar, tahniah kerana anda telah terpilih untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua menteri sabah di PWTC.

2. Kepada senarai nama ini, anda di minta untuk berkumpul di
PERHENTIAN BAS HADAPAN FAKULTI SASTERA pada 10 SEPTEMBER 2009 (KHAMIS) jam 3.30 PETANG.

3. Pakaian bagi lelaki muslim adalah berbaju melayu dan bersongkok atau kopiah dan anda digalakkan bersamping manakala pakaian untuk wanita muslim pula ialah memakai baju kurung dan bertudung serta menyediakan pakaian untuk sembahyang (telekung) .

4. Pakaian bagi lelaki non-muslim adalah pakaian yang menutup aurat dan sesuai dengan majlis berbuka puasa manakala bagi pakaian wanita non-muslim pula ialah memakai baju kurung.

5. Anda DILARANG KERAS memakai seluar jeans.

6. Sila bawa kad pengenalan masing- masing untuk pengesahan nama anda sebelum masuk ke PWTC dan hanya yang tersenarai sahaja yang dibenarkan masuk. Nama yang tidak tersenarai sama sekali tidak akan dilayan dan TIDAK DIBENARKAN MASUK ke dewan berbuka puasa di PWTC.

7. TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI untuk menghadiri majlis tersebut, WAJIB menggunakan bas yang telah disediakan.

8. Kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan ini, pihak majlis tertinggi PERMASA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

9. Kriteria pemilihan senarai nama ini adalah seperti berikut :

• 10 orang kuota untuk bekas kepimpinan PERMASA sebagai tanda penghargaan mereka menghidupkan semula PERMASA.

• Semua pemegang jawatan Majlis Tertinggi dan exco PERMASA.

• Keaktifan ahli PERMASA yang dinilai daripada kehadiran hari INTERAKSI PERMASA (semester lepas), kehadiran ANNUAL GRAND MEETING (AGM) (semester lepas), dan juga MINGGU PROMOSI (semester ini).

• 5 orang kuota untuk Persatuan Bahasa Kadazan Dusun (PBKD)

10. Sebarang masalah boleh hubungi 0132110967 (MAZHAIR@ LT) dan 0132042596 (SALMAH) atau layari laman web Permasa permasaum.blogspot.com.

0 comments:

Pesanan Admin

Jika anda ada sebarang cadangan atau kritikan, dialu-alukan untuk mengutarakan di Shout Mix di tepi sidebar blog ini.

Keprihatinan anda amat
PERMASA hargai..:)

About Me

Foto Saya
PERMASA™
Persatuan Mahasiswa Sabah Universiti Malaya mewujudkan suatu laman alternatif sebagai media pengantara maklumat mengenai sebarang aktiviti semasa persatuan anak negeri Sabah di Bawah Bayu.
Lihat profil lengkap saya

Labels